Kategori:Sains Fiksyen/Remaja
Sinopsis:

Tanpa disedari, Aizad dikurniakan satu kuasa misteri. Tiba-tiba, dia dapat membaca fikiran dan mengetahui apa yang bakal terjadi.
Kuasa itu membawa Aizad ke alam supraconscious yang menimbulkan seribu persoalan dalam dirinya.
Apakah AINI?
Siapa pula Maximus?
Apa kaitannya dengan MENSA dan Defense Intelligence Agency?
Siri ini akan membawa pembaca mengembara bersama Aizad di alam supraconscious yang tiada sempadan.
Nota Kaki:
Budak Psikik punyai satu tajuk yang Catchy sehingga aku 'geram' untuk membelinya dari para kedai buku MPH. Namun selepas menyudahkan Siri pertama dari Trilogi Budak Psikik ini dalam 1 malam, ternyata perasaanku berbaur antara hairan dan tidak puas hati.
Sebab;
1) Hairan - kenapa kisah Sai-fi dengan genre sebegini baik tidak digarap dengan lebih teliti dan cermat, acctually aku rasa macam baca buku panduan Motivasi (Boleh? Mungkin sebab penulisnya pernah membuat 'join venture' dengan Dr. Fadillah Kamsah barangkali)
2) Tidak Puas Hati- Tidak semua persoalan yang ditimbulkan pada bahagian kulit belakang buku ini terjawab. Siapa Maximus???? Apa kaitan MENSA & DIA??????...aku keciwa. Chess!
Namun begitu ianya bukanlah satu bahan bacaan yang boleh diremehkan, still banyak istilah baru yang aku pelajari seperti REM (Rapid Eye Movement) dan Supraconscious( yang sering berulang-ulang digunakan).
So Secara ikhlasnya aku berikan buku ini :
Bintang 5/10.


0 comments:
Post a Comment